Wednesday, December 23, 2009

TAHNIAH MIRA DAPAT TAWARAN MASUK STF

TAHNIAH. Teruskan perjuangan . Tingkatkan ilmu dunia dan akhirat.Semoga menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seterusnya menjadi contoh kepada adik-adik. Ingat belajar sebagai satu ibadat. Niat kerana Allah.

Pesanan mama..
Jangan tinggal sembahyang
Banyakkan baca Al Quran
Banyakkan berdoa
Study smart

Monday, December 14, 2009

MENCARI KEREDAAN ALLAH

Ketahuilah bahawa pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak akan berkembang di sisi ALLAH (tidak mendatangkan kebaikan),dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkaan keredaan ALLAH semata - mata, mereka yang melakukannya beroleh pahala berganda - ganda

SEDIKIT yang mengingatkan lebih BAIK daripada
BANYAK melalaikan
mensyukuri sedikit NIKMAT
mengundang limpahan BERKAT

REZEKI YANG CUKUP

Boleh di katakan bahawa rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima,sebaliknya apa yang kita berikan.semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, tenaga) akan semakin ''bertambah'', apabila dibelanjakan di jalan ALLAH. Rezeki yang kita simpan , hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang secara tiba - tiba. Sebaik kematian datang, rezeki sudah bertukar tangan - menjadi pusaka, warisan setelah difaraidkan!

Apabila seorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredaan ALLAH ,maka ALLAH akan menggantikan pemberian itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih banyak- mungkin tidak dari segi kualiti, tetapi boleh jadi kualitinya.





Sunday, December 13, 2009

PERCUTIAN YANG JIMAT TAPI WASPADA-

ALong naik kuda ngan Muhd

AtHiRaH & Kak Elly

Pasangan seJoli


TeLuK KemanG



KeluargaKu



Catatan ini adalah bukti penulis sudah advance sekarang dari segi teknologi, walaupun berada di nun pelusuk peta semenanjung malaysia. Tepat jam 1 pagi penulis tiba di rumah. Alhamdulillah pagi ini masih ada kudrat untuk terus berkarya untuk bahan bacaan kepada suamiku yang sering bagi MOTIVASI dan mempromosi SOLUSI. Juga untuk memeranjatkan adik ku yang sudah ada jurnal sendiri katanya dan bakal guru yang selalu ada hal dengan e'ah. Tak lupa juga untuk iparku yang mahir dalam selok belok jalanraya dan rajin berendam dalam air. Juga untuk tatapan anak-anakku yang tak puas-puas lagi menyelam dalam air.

Tak sangka dengan cut budget kita boleh bergembira . Semuanya dengan izin Allah. Banyak ilmu yang kita dapat sepanjang 3 hari. Hari pertama penulis dan keluarga check in di Sunway Alam Suria. Percuma tapi cukup selesa .Malah kami dijamu dengan masakan enak nenek. Di sinilah bermulanya pembelajaran membuat blog yang dikelolakan oleh Pensyarah Politeknik Shah Alam Pn Aslindah Dan bakal guru, Puan Suzi yang amat sabar orangnya.

Penulis merasakan tuan rumah pening kepala. Apatah lagi ragam anak -anak yang asyik main game dan Kashyfi yang suka merampas mainan Adam. Kedatangan E'ah meriuhkan lagi keadaan. Dalam hal ini anak dara penulis yang paling sabar dalam usaha mencari puting yang tidak dijaga rapi. Akhirnya pandai juga penulis membuat blog.

Pagi Sabtu kami berangkat ke Tiara Beach Resort , Negeri Sembilan. Sayangnya semua bilik penuh. Kami tidak kecewa tapi cukup tenang. Inilah sifat istimewa generasi Wak Atin.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan . Terima Kasih Kerajaan Negeri Sembilan yang mengizinkan kami untuk menginap di Rumah peranginan Kerajaan Negeri Sembilan. Memang berbaloi dan selesa. Banyak masa dihabiskan dengan membaca Solusi.

Friday, December 11, 2009

AMIRA DI SKBP 2

UJIAN TUHAN

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah;216)

Kewajipan orang yang mendapat ujian adalah
* bersabar
* menunggu jalan keluar
* sentiasa berdoa

NILAI SABAR

Janganlah membalas cercaan yang melukai anda.


Sesungguhnya kesabaran menghadapi semua itu akan menguburkan semua keaiban.

Kelembutan membuat anda meraih kemuliaan
mendiamkannya akan membuat mereka kalah
Memaafkannya akan membuat anda mencapai pahala dan kemuliaan

MAJLIS AQIQAH MUHAMMAD 2008







Thursday, December 10, 2009

DI BANDUNG DAN JAKARTA 2009 2

sedapnye baring atas mama.


LAMANYA X JUMPA SEDARA


PEH CK AN PAKAI BAJU TANGKUBAN PERAHU BEB



INDAHNYE PEMANDANGAN



MACAM X IKLAS JE NAK DOKONG

DI BANDUNG DAN JAKARTA 2009





TETAMU ALLAH 2008

MUHD 5 MONTH