Friday, February 3, 2012

audit diri

ambil keputusan untuk ubah satu tabiat yang akan mengubah perkara kita ingin ubah dan catit setiap kali kita lakukannya. dengan mencatitnya kita akan hidup dgn cara lebih sedar. contohnya jika ingin perkahwainan lebih bahagia para suami mungkin mula menunjukkan lebih kasih sayang dan penghargaan pada isteri dan catit setiap kali dilakukan.InsyaAllah akan jadi tabiat dan dalm masa kita menunjukkan penghargaan kita akan merasa lebih dihargai . apa kita buat kita akan dapat. kita buat inventori akhlak kita dan kita akan dapati lebih baik akhlak kita lebih baik hasil kehidupan hidup kita

JANGAN mudah tertipu dengan diri kita sendiri kononnya kita ini lebih baik dari orang lain. Sentiasalah memperbaiki diri dan bertaubat setiap saat dengan sisa-sisa waktu yang masih berbaki. Ingatlah, kadang-kadang mati itu datang mengejut TANPA SIGNAL.

Jika kita kerja tanpa memberi nilai dan mendapat gaji maka tak berkat wang itu dan bayangkan macam mana keluarga kita

Perhatikan respon kita atas setiap perkara yang berlaku. Jika positif insyaAllah positif hidup kita , jika negatif maka negatif hidup kitA. Adakah kita cari penyelesaian masaalah dalam diri kita atau dalam diri orang lain.

Hari ini jaga tiga perkara. 1. Apa kita kata pada diri kita, 2. Tenaga positif atau negatif, 3. Pentingkan diri sendiri atau fikir nak beri manafaat

Setiap waktu niat jalani kehidupan dengan sentiasa sedar dengan adanya Allah yang maha Melihat dan kepadaNya kita akan kembali. Dengan ini hidup menjadi tenang dan bermakna insyaAllah

Untuk mendapatkan kewangan harus memberi nilai. Jika mendapat duit tanpa nilai maka duit itu akan hilang kerana tiada berkat

Bagaimana kita naikkan tenaga kita positif kita? Kita tak dapat selesaikan sesuatu dengan respon negatif pada insiden negatif. Jika kita marah pada orang yg marah pada kita kita merendahkan tenaga kita. Jika perkara negatif sentiasa berlaku pada kita ini menunjukkan tenaga atau aura kita negatif. Oleh itu ambil langkah naikkan tenaga dgn jaga fikiran kita dari negatif kepada positif. Banyakkan solat dan zikrullah

Senyum dan salam adalah budaya hidup di dalam syurga. Penghuni Syurga sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam sesama mereka.

Senyum itu indah, salam itu mudah. Jika kita ingin memasuki syurga di akhirat nanti, marilah amalkan cara hidup ahli syurga di dunia ini. Senyum dan sebarkan salam!

HAri ini cuba lihat dgn kesedaran apa kita fikir, dgr, baca, cakap, lihat, dan rasa. Kita dikelilingi oleh orang yang programming hampir sama dgn kita. Jika negatif maka negatif lah kita. Hanya mereka yang melabur dalam minda mereka dgn ilmu dan berdoa untk mendapat hidayah dapat keluar dari kitaran ganas negatif akan mengubah kehidupan mereka. Ramai manusia merancang kewangan tetapi sedikit mera...ncang kesihatan dan ketenangan minda dan jiwa. Lihat mana fokus kita hari ini. Jika kita tak sabar nak tahu berita tentang orang lain alangkah ruginya umur hari ini yg sepatutnya digunakan mencari redha Allah dan bila kita mati kita tidak akan dinilai apa kita tahu tentang orang lain tetapi berapa banyak kita meningkatkan amalan dan keimanan kita. Lihat setiap sen yang dibelanjakan, setiap saat digunakan, setiap tenaga di gunakan kearah memperbaiki diri atau mencari kesalahan orang lain, mengubah dunia dalaman kita atau nak ubah dunia luaran kita. Bila kita mula hidup dgn kesedaran lihat bagaimana kualiti hidup kita meningkat insyaAllah. Kita boleh menentukan kualiti kehidupan dgn mengubah emosi dan kita boleh mengubah emosi dgn mengubah fokus hidup kita dgn izin Allah. Niat dan fokus mengikut sunnah RAsulullah dalam semua aspek bukan hanya makanan sunnah tetapi amalan sunnah

Wang digunakan untuk kita selesa dan menjadi lebih kreatif dalam memberi manafaat dan menolong orang lain tanpa kita ada bersama mereka. Bukan untuk bermegah megah atau menunjuk nunjuk. Alangkah ruginya duit yang kita dikurniakan Allah membeli pakaian yang mencari murka Allah walau jenama mewah tapi diakhirat mendapat penyeksaan. KAum wanita jom fokus jadi isteri taat dan para suami jaga jgn ego dan lihat isteri sebagai tempat mencari pahala dan kenangkan betapa mereka mengandung dan mnyusu anak anak dan pengorbanan mereka

No comments:

Post a Comment