Friday, February 3, 2012

motivasi 2

11. Bila jumpa seseorang bayangkan kali pertama jumpa dan jangan kenang perkara yang lalu dan buang semua prasangka. Lihat bagaimana hubungan kita akan menjadi indah

12.Jika kita sibuk membuat kebaikan pasti kita tidak sempat untuk membuat kejahatan.

13. Amat malang jika kita penat di dunia tetapi terseksa di akhirat.

14. Mengubah diri sendiri itu lebih mudah daripada mengubah orang lain.

15. Setiap hari harus audit diri kita, dan bangkang nafsu.

16. Tambah nilai pada iman jangan tambah nilai pd harta.

17.Bukan soal apa yang dilihat,tetapi bagaimana kita melihatnya.

18.konsep diri kita ialah apa yang kita percaya ttg diri kita. Dengan konsep diri kita dapatkan tingkatkan diri kita. Oleh itu lihat konsep diri dan ubah jika hidup kita tidk seperti kita mahu. Jika kita tidak sihat, tidak gembira, tak cukup wang , tak disukai orang, maka ubah konsep dan imej diri. InsyaAllah akan berubah hidup kita dgn izin Allah

19.Buang semua kedengkian. Dengki ialah bila kita takut hilang benda yang kita tidak ada yang ada pada orang lain. Bila kita analisa keadaan kenapa kita dengki dan mula membina dunia dalaman yang bahagia dengan sendiri dunia luar kita akan bahagia. Dengki suatu penyakit.

20.Lihat siapa kawan kita. Kalau baik insyaAllah kita pun baik. Kalau tak baik cuba jadi contoh yng baik pada mereka dan doakan mereka. Hari iji niat untuk berhenti mengumpat hingga ke akhir hayat

No comments:

Post a Comment