Friday, February 3, 2012

muhasabah diri

Hari ini niat nak betulkan diri sendiri dan fokus mata hati kedalam diri dan tanya kenapa kita buat apa kita buat dan kenapa kita taip apa kita taip. Status facebook akan menunjukkan emosi kita samaada penuh kesyukuran atau penuh kemarahan dan menyalahkan. Jangan sekali kita merasa lebih baik dari orang lain sebaliknya sentiasa cari perkara baik dalam apa situasi. Untuk berdakwah harus menyentuh h...ati dgn kasih sayang. Kalau setelah berapa lama cara yang sama dilakukan dan tiada hasil harus ubah cara berdakwah. Orang paling tidak siuman ialah mereka yang buat benda yang sam tapi harap hasil berbeza. Dakwah diri kita sendiri dahulu sebelum dakwah orang lain. Dari cara orang bertanya soalan boleh diagak tujuan mereka mencari redha Allah atau penghargaan manusia. Jom audit diri kita.

Salah satu kebaikan mempunyai sifat yang positif dan ceria ialah akan kelihatan lebih muda dari umur dan sihat tubuh badan. Cuba lihat sekelililng kita mereka yang melebihi 40 tahun yang nampak sihat dan ceria adakah mereka mempunyai ciri negatif atau positif. Bila sihat rohani sihat jasmani insyaAllah

Dua amalan Saiditina Khatijah yang menyebabkan Allah kasih kepada beliau dan Jibril mengirim salam pada beliau. 1. Tutur kata yang lembut , 2. Layanan yang baik kepda baginda Nabi Muhammad saw. PAra isteri niat nak ubah kepad kebaikan dan hilangkan sifar degil dan jangan kata ' saya dah macam ni tak boleh ubah, atau nanti kalau ubah suami kat buang tabiat. Hentikan semua alasan dan mulai malam ini niat jadi isteri solehah

Suami dan isteri yang Allah beri sekarang akan tinggalkan kita, tetapi pahala yang kita dapat dari memberi kebaikan kepada mereka akan kekal insyaAllah akan menunggu kita diakhirat. Niat jadi pasangan yang soleh dan solehah.

Keyakinan diri sebenarnya ialah reputasi kita tentang diri kita. Untuk yakin diri sentiasa punyai imej diri yg positif. JAngan terpenjara dgn kisah lampau dan mengingati kesilapan lalu hingga terlupa pencapaian yang baik. Fokus pada pencapaian bukan kegagalan

Tujuan berkahwin mesti kerana Allah semata mata dan mesti ada falsafah rumah tangga. Untuk taat kepada Alah pun rumit dan sukar sedangkan Allah maha kaya , cantik pun susah. Apa lagi kalau nak taat pada suami dan isteri yang taklah seindah Allah. Suami isteri sayang semata kerana Allah banyak hal yang selesai. Dr Azahar- Semanis kurma

Tidak sah menjadi orang yg soleh, zuhud, wara tanpa ilmu. Oleh itu carilah ilmu

Untuk lebih berkesan dalam hidup setiap kali kita mengeluarkan wang jangan tanya HARGA barang itu tapi NILAI kita dapat dari apa yang kita beli. Kebanyakan kita tersilap dgn membayar harga mahal untuk benda yang tidak membawa nilai kepada pembangunan minda dan diri kita. KAum wanita audit berapa kita belanjakan kepada benda yang menambah barang fizikal dan untuk orang lain lihat. Cuba audit berapa... kita belanja untuk menambah ilmu utk meningkat kualiti kehidupan. Berapa buku kita beli yang mungkin berharga 40 ringgit TETAPI DGN MEMBACA BUKU FOKUS KITA BERUBAH DAN EMOSI berubah dan kualiti kehidupan berubah. sama kita audit. Prepaid kita melebiihi 40 tetapi lihat apakah niali kita dapat dari prepaid. Jika hanya sms yg mungkin tidak perlu alangkah ruginya masa dan kewangan kita

KAsih abadi seorang suami dan isteri ialah mesti menuju syurga Allah jika tidak bukan kasih abadi. Ustazah Norhafizah

MAksud HAdis. Orang yang terbaik ialah orang yang baik kepada ahli keluarganya. Dimanakah kita. Adakah lebih baik dgn kawan dari keluarga sendiri

Kalau kita boleh kenal ayah ibu secara fitrah kenapa kita tak bolehnkenal Tuhansecara fitrah. Ini kerana ditutup oleh syaitan kerana kitabtak berusaha kearah itu. Tanpa mengenal Allah bagaimana mungkin kitabmerasa lazatbmencari keredhaan Allah

untuk mendapat keyakinan diri mesti fikir bahawa apa orang fikir tentang kita tidak sepenting apa kita fikir tentang diri kita. Jika imej diri positif insyaAllah hidup akan jadi positif. Keadaan akan menjadi tenang apabila seseorang itu bebas dari penghargaan manusia lain tetapi hanya mencari redha ALlah.

BErhenti mengkritik diri sendiri tetapi bina tujuan baik dan fokus mencari dan memberi kebaikan setiap saat

Suami akan berdiri didepan Allah di akhirat nanti dan harus menjawab apakah yang telah mereka lakukan kepada isteri mereka sebagai tanggung jawab amanah yang diberikan kepada mereka. Jika ilmu ugama tidak mantap dan bacaan FAtihah tidak betul bagaimana nak menjadi imam kepada anak isteri. PAra suami dan bakal suami hentikan aktiviti sia sia melihat urusan orang lain sebaliknya cari ilmu persediaan menjadi suami dan bapa mithali. jika kita tidak ubah diri kita siapa yang akan mengubah kita.

Nabi diutus untuk membina tamaddun selain dari membentuk akhlak. Kita harus menjadikan sunnah mengatasi budaya. Jom ambil sempena maulidurrasul untuk mengamalkan sunnah dalam segala hal

Kita mesti mencari kaedah yang akan membentuk hati yang bertakwa dan akal yang beriman

Jika terlalu banyak feedback negative dan terlampau fikir apa orang kata maka anak anak kita tidak akan berkembang dan hilang keyakinan diri. Orang yang jarang dipuji tidak akan pandai memuji. Orang yang suka mengeji selalunya banyak menerima kejian semasa kecil. BAgaiamana kita nak peribadi anak anak kita dan anak murid disekolah. Ibu bapa dan guru jom audit diri kita

bila Anda sedang marah maka berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Nabi saw., "Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah

No comments:

Post a Comment