Friday, February 3, 2012

renungkan

Pernah kah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu yg melahirkan kita dan mendoakan kita hingga hari ini. Tidak ada seorang ibu kecuali tetap sayang dan kasih pada anaknya. Hentikan perasaan kecil hati, sakit hati pada ibu kita. Jadilah insan pemaaf. Tidak akan bahagia meka yg menyakiti ibu bapa kita

Kita dilahirkan dalam keadaan lemah dan lembut. Bila kita mati kita lemah dan keras tubuh badan. Bermula dari air yang hina dan berakhir dgn daging yg akan reput dan berbau busuk. Dimana kebanggaan kita dan pangkat kita. Jika kita tidak membersihkan hati untuk bertemu Allah alangkah sia sia nya udara matahai dan air yang sentiasa Allah kuniakan pada kita semua. Buangkan segala sifat keras hati dan lembutkan jiwa dgn mencari ilmu

Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura

Salah satu golongan dibawah lindungan Arasyh di padang mahsyar ialah orang muda yang sentiasa dalam ibadah. Hadith adalah apa apa yg disandarkan kepada Nabi samada perkataan, perbuatan, diam dan cita cita nabi. Bila kita tahu tentang Hadis Nabi hidup akan penuh hidayah dan bahagia. " Tidak sempurna iman (akar dalam diri kita) kamu sehingga aku menjadi orang yg paling kau sayang melebihi ibu bapa, anak "- maksud hadis- jalan orang mukmin

Bagaimana akhlak kita hari ini. Allah puji akhlak nabi dalam AlQuran. Jom lihat akhlak kita hari ini. Jika kita tidak ubah cara kita interaksi dgn manusia lain dlm percakapan, facebook dsb bagaimana kita mengubah akhlak kita

Tidak ada apa yang berlaku yang tidak baik untuk kita. Semuanya dari Allah dan sebagai hamba kita terima dan redha dan fikir bagaimana kita menjadi lebih dekat dengan Allah

Setiap kali kita melihat benda negatif kita doakan dan bukan membesarkan dan menceritakan pada orang lain

Orang yang berfikiran sempit hanya nampak satu jalan saja dalam memperjuangkan ISlam. JAdilah kita manusia yang ,melihat kebaikan orang dan kelemahan diri. Sebagai orang dalam perjuangan setiap kali kita merasa lebih dari orang lain bermula kejatuhan dan hati hati supaya tidak timbul riak, BAngunan yg kuat terhasil dari komponen berlainan. begitu juga perjuangan dikuatkan oleh manusia berlainan ca...ra dan bakat tetapi tujuan yg sama mencari redha ALlah. Setiap kali kita mencari kesilapan dan cuba menjatuhkan orang lain dgn tulisan atau perkataan tanya diri kita jika ada dengki didalam hati. selalunya kita mengumpat oang yang kita dengki kerana dia ada apa yang kita tidak ada. Jika kita tidak suka melihat orang mendapat kebaikan dalam bentuk apa sekali pun kita tidak akan dapat apa yg mereka dapat kerana alignment kita lari dari kebaikan dan kemurahan rezeki kepada kejahatan.

Sama sama kita tentukan niat kita semua perkara kerana Allah. Kerana kalau kita asyik fokus pada amal sahaja dan tak jaga hati takut sia sia. Kita kena perbaharui niat kita sentiasa. Sama sama kita renungkan

Hari ini niat untuk melihat segala perkara dikeliling kita sebagai nikmat Allah dan bersyukur. Lihat bagaimana indah hidup kita hari in

No comments:

Post a Comment