Friday, February 3, 2012

tingkat nilai diri

Siapa yg baca sirah akan dapati peranan wanita zaman NAbi Muhamaad saw lebih besar dari sekarang. Jom kita jadikan baca sirah satu kewajipan agar mencintai Rasulullah saw. Semoga maulidurrrasul ini membawa perubahan. Tanda semua rancangan tv sempena perayaan ini yg akan menyentuh jiwa dan plan menonton bersama keluarga. Jgn ada alasan sibuk etc. orang yg kata takde masa sebenarnya tidak ada keutamaan dalam hidup. Fokus keutamaan hidup kepada mencari redha Allah dan mengasihi RAsulullah dan berdoa mendapat syufaat.

"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternil...ai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.
Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita

Pesanan utk anak lelaki.....
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjaw...ab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.

Pesanan utk anak perempuan....
Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pe...rgaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

Guna cuti panjang utk menambah kasih sayang dan tingkatkan akaun emosi dgn ahli keluarga. Juga banyak cari ilmu dan refleksi diri dan buat perancangan untuk memperbaiki kesihatan, kecerdikan, kerohanian, silaturrahim dan kewangan. Audit semuanperbelanjaan kitauntuk redha Allah atau penghargaan manusia

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

No comments:

Post a Comment