Wednesday, February 8, 2012

nasihat untuk diri sendiri

Ada orang senag didunia susah diakhirat, ada orang susah didunia senang diakhirat. Ada orang susah dunia suaha akhirat, ada orang senang dunia senang diakhirat. Pilih yangbmana. Yg penting senang diakhirat yang kekal

Fikiran dan doa kita punyai kesan yang besar pada orang sekelililng kita. Para ibu bapa yg stress akan mempengaruhi anak anak yg akanjadi nakal dan sentiasa sakit disebabkan aura negatif ibu bapa kerana emosi negatif yang penuh marah, dendam, dengki. Buang sifat mazmumah dan lihat bagaiaman dunia luaran kita berubah

Guna imaginasi untuk mendapat gambaran apa kita ingin jadi dan lakukan. Guna akal Allah beri dgn baik dan hentikan gelombang negatif dgn melihat kesalahan orang dan masa melihat youtube negatif dan blog yg mencari kesalahan dan membuka aib orang lain. Cari aib diri dan betulkan. Setiap kali kita mengutuk orang lain kita kearah muflis diakhirat nanti. Biar orang buat kita jgn kita buat orang. Orang yg menganiaya kita sedang menabung pahala untuk kita. Doakan mereka

Orang yg makan riba 1 dirham lebih besar dosa dari berzina 36 kali. Yang menulis mewakil yg membantu akan menerima akibatnya. Jom tukar cara kita berurusan kewangan kita. Orang Islam cari sistem Islam. Selamatkan diri kita dan keluarga dari api neraka yg bahan bakar ialah manusia.

Kenapa orang gagal. Kerana mereka akan buat benda yg seronok danmudah . Orang berjaya buat benda yang akan mencapai matlamat mereka. Org berjaya buat apa org tak berjaya tak suka buat. Mereka jadikan tabiat tanpa fikir dan dlm sistem hidup mereka. Comfort zone ialah danger zone. Ubah tabiat ubah kehidupan

Kita dipengaruhi oleh org sekeliling, tv, surat khabar. So jaga persekitaran kita dan keluarga. Lihat siapa kawan kita itulah kita. Berkawan dgn org positif. Ubah diri kita dan berjaya dgn sendiri kita akan jadi magnet kepda org berjaya

Cuba lihat apakah kepercayaan kita tentnag diri kita yang menghalang kita dari mencapai sesuatu yang kita impikan dan cuba ubah kepercayaan itu dan capai kejayaan. Cari limu. Contohnya " Saya tak pandai atau saya take berharga, saya tiada apa apa, duit punca kejahatan. semua kepercayaan ini menghalang kita mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan. Kita mesti buat sesuatu dengan niat yng bak dan jangkaan baik akan menang

Tahap keyakinan diri menetukan pencapaian dunia akhirat. Orang yg jauh dari Allah perlu penghargaan manusia dan cepat kecil hati dan membiarkan tindakan org menentukan emosi mereka. Mula dekat pada Allah, bila nampak Allah besar manusia nampak kecil dan yidak akan rasa rendah diri bila berjumpa orang yg nampak hebat kerana hanya Allah yg hebat

Kejayaan bukan kebetulan. Ia boleh dipelajari. Lihat apa kita nak belajar, self pity, sesal, marah, dendam, menyalahkan? Alangkah rugi masa jika tak cari ilmu. Sesiapa sibuk cari ilmu tidak ada masa untuk fikir negatif. Minda mereka penuh dgn ilmu hingga tiada space untk negativity

Anak anak perlu galakan bukan larangan. Fokus pada kebaikan mereka. Bila buat salah jgn beri fokus besarvtapi bila baik besar besarkan lagi di akan baik. Marah juga suatu perhatian. Anak nakal sebab perlu perhatian, atau selalu mengeluh sakit juga perlu perhatian- anak anak bijak bila ibu sentiasa bercakap pada mereka dan membaca buku meningkatkan fokus mereka

No comments:

Post a Comment