Friday, February 3, 2012

motiivasi 5

40.Mulakan hari ini dgn niat segala perbuatan niat kerana Allah. InsyaAllah menjai ibadah. Bukan hanya tanggung jawab, career, dah jadi tugas tapi jadi tujuan hidup. Kalau jam di jalan pun pahala dan sentiasa zikir terutama ketika jam. Pilih apa yang didengar dalam kereta

41.Akhlak Islam berbeza dgn moral orang bukan Islam. Aklhak Islam dari 4 unsur, 1. Unsur Iman, 2. unsur islam, 3. unsur takwa , 4. dtg dari ehsan. Akhlak umpama buah yg dtg dari akar yng baik. Jom kuatkan ilmu dan tingkatkan akhlak dgn perbaiki 1. Islam, ( buat rukun Islam yg lima), 2. kuatkan iman dgn mengamalkan dgn AlQuran dan Hadis dan rukun iman, 3. tingkatkan takwa dan 4. ehsan ( merasa kita melihat -Allah dan merasa Allah sentiasa memerhati). Tujuan kita belajar akhlak mesti jelas

42.Ramai manusia ingin mengubah suasana tetapi tidak mahu mengubah diri mereka

43.Apa kita dapat dalam hidup kita ialah gambaran perkembangan diri dan sahsiah yang kita telah lakukan. Jika tiada peningkatan itulah kualiti hisup kita selamanya

44.Jika kita benarkan situasi mempengaruhi kita maka kita jadi mangsa kehidupan. orang yang mentaliti mangsa kehidupan akan penuh rungutan, keluhan, penyesalan dan akan sentiasa tidak tenang atau bahagia. sesiapa yang mempengaruhi suasana dan mencipta suasana seperti dia mahu maka dia akan bahagia dan membahagiakan dan bermanaffat. refleksi diri dan lihat apa kita post dan blog apa kita baca. Soal niat kita atas setiap kita taip dan baca. minta maaf dan memaafkan sebelum tidur malam ini

45.Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR.. Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN.. Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN.. Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN.. Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA.. Duit boleh beli RUMA...H, tapi tidak boleh beli KELUARGA.. Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN.. Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN.. Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN.. Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN.. Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA.. Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……

46.Urusan-urusan yang mulia, disunatkan kita menggunakan tangan kanan atau mendahulukan tangan kanan. Contohnya ; mengambil wudhuk (sunat mendahulukan anggota kanan dari yang kiri), mandi wajib atau mandi sunat (sunat memandikan sebelah kanan badan terlebih dahulu), memakai pakaian, kasut dan selipar, memakai seluar, memasuki masjid, bersugi (memberus gigi), bercelak, memotong kuku, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam di hujung solat, keluar dari tandas, makan, minum, berjabat tangan, melambai Hajar Aswad, mengambil sesuatu dari orang lain dan memberi sesuatu dan urusan-urusan lain yang semakna.

No comments:

Post a Comment