Friday, February 3, 2012

motivasi 1

1.konsep diri kita ialah apa yang kita percaya ttg diri kita. Dengan konsep diri kita dapatkan tingkatkan diri kita. Oleh itu lihat konsep diri dan ubah jika hidup kita tidk seperti kita mahu. Jika kita tidak sihat, tidak gembira, tak cukup wang , tak disukai orang, maka ubah konsep dan imej diri. InsyaAllah akan berubah hidup kita dgn izin Allah

2. Setiap apa yang difikir oleh manusia akan memperngaruhi janin yang dikandung. Oleh itu perlu banyakkan zikir dan tingkat hubungan dgn Allah dan Quran. Imam Ghazali. AYah perlu terus berdoa semasa ibu mengandung. Nabi sayang pada anak perempuan. Kalau kita tak suka anak perempuan kita dan membezakan anak lelaki atau perempuan kita tidak ikut sunnah
3.Mulakan hari dengan majis ilmu dan niat nak cari redha Allah. Ilmu akan memandu jiwa emosi dan tindakan kita.
4.Wanita yang hamil sentiasa syukur dan jaga akhlak demi melahirkan anak yang soleh bukan sihat fizikal sahaja. Kita makan pelbagai vitamin dan menjalani peperiksaan untuk kesihatan fizikal janin tetapi perlu juga jaga rohani dan amalan kita. Hentikan mengumpat
5. Bilamana seseorang manusia mencari2 kesalahan orang lain kadang2 dia akan buta dengan kelemahan dirinya sendiri.
6. Solat diperintahkan secara terus kepada Rasulullullah sedangkan amalan lain diperintahkan di bumi melalui jibril. MasyaAllah betatpa pentingnya solat dan lihat bagaiamana ia diabaikan yang menyebabkan betapa kucar kacirnya individu, keluarga dan masyarakat kita. Jom jadikan solat agenda utama. HAri ini semasa mula nak... keluar rumah selepas berdoa niat untuk solat tepat pada waktu. InsyaAllah akan dipermudahkan dan ini termasuk dalam senarai kita. Tidak ada alasan untuk tinggal solat dibandingkan ibadah lain seperti zakat dan haji yang perlu kewangan. Audit solat keluarga kita dan yakinlah bila kita betulkan ini perkara lain akan teratur. Bila kita menjaga akhirat kita insyaAllah urusan dunia akan diatur Allah dengan sempurna. PAra wanita jaga solat dan jika make up terlalu tebal menghalang solat kita renung balik amalan kita. PAndanagn siapa yang kita cari manusia atau Allah. Manusia tidak punya apa apa tetapi Allah adalah segalanya. Niat jadi wanita solehah selamanya

7. "Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak
persiapannya untuk menghadapi kematian itu.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik
dan mereka pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat"

(HR. Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya).

8.Jika kita ada masa lihat Facebook, twitter kita setiap jam apa kata kita cari masa sekurang kurangnya sekali sehari atau seminggu sekali membaca sirah Nabi Muhammad untuk lebih mengenal dan mencintai Rasullullah saw dan merasa bangga menjadi umat baginda. Kita kadang berbangga mengenal orang yang hebat, alangkah rugu jika kita tidak kenal sepenuhnya insan yang paling mulia dan di kasihi Allah. Jom ajak anak anak kita membaca sirah Rasulullah.

9. Siapa yang tidak cukup dengan sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak.

10.Bersyukurlh ngan nikmat ALLAH,terlalu banyak nikmat yang kte ambil, tetapi terlalu sedikit kita bersyukur..............

No comments:

Post a Comment